Gejala cetak rompak memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara. Huraikan langkah-langkah untuk menangani gejala ini. 

Gejala cetak rompak, yakni perbuatan menyalin atau mencetak bahan hak cipta orang atau syarikat bertujuan untuk mengaut keuntungan berganda banyak memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara akhir-akhir ini. Jadi, sebagai warganegara yang prihatin dan sedar akan tanggungjawab sosial, kita perlulah bertindak proaktif untuk menangani gejala cetak rompak ini.

Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang membina untuk menangani gejala ini. Pertama sekali, kerajaan perlulah tegas menguatkuasakan undang-undang untuk menangani gejala ini. Antara lain, usaha pemantauan dari semasa ke semasa selain membuat serbuan terhadap premis-premis yang disyaki sebagai sarang pengedaran bahan cetak rompak.

Selain itu, maklumat dan kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. Kempen kesedaran dan pendidikan kepenggunaan haruslah diadakan dari semasa ke semasa untuk memberikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Usaha murni ini difikirkan wajar dan bermanfaat untuk mendidik masyarakat agar menjauhkan diri daripada gejala cetak rompak sama ada membeli, menjual atau mengedarkan bahan cetak rompak yang merangkum bidang seni muzik, filem dan dokumentari.

Mereka yang diberkas perlulah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman yang berat seperti denda dan penjara mandatori. Hukuman yang berat merupakan antara usaha yang berkesan dalam usaha kerajaan untuk membanteras gejala cetak rompak dalam kalangan masyarakat. Sebagai pengguna yang bijak pula, kita haruslah senantiasa berkempen dan menggalakkan orang ramai agar membeli dan memiliki bahan yang tulen dan asli. Sesungguhnya bahan yang tulen biarpun mahal, mutunya terjamin dan terpelihara di samping memberikan kepuasan kepada pengguna.

Kesimpulannya, kita haruslah senantiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani gejala cetak rompak ini agar harta intelek dalam bidang seni muzik, perfileman dan dokumentari yang bermutu tidak diperkotak-katikkan oleh golongan yang berkepentingan yang cuba menahan lukah di pergentingan. Cegah sebelum parah!
 
 
Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulisperisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah CC++ dan Java.



 
Sejarah Tingkatan 2 Semua Nota
 
Picture