Start-up merupakan satu daripada directory di dalam windows yang menempatkan kesemua program yang perlu dimulakan ketika komputer anda hidup. Segala program yang berada di dalam start-up wajib dijalankan oleh Operating System, hanya start-up yang dinyahaktifkan sahaja yang tidak akan dijalankan. Start-up boleh mengandungi apa-apa sahaja program mahupun Welcome Text.
Start-up directory kebiasaanya mempunyai 2 kawasan untuk berfungsi, start-up di dalam Registry dan start-up di dalam folder. Untuk mengakses start-up di dalam folder, anda boleh klik Start Menu – All program – Startup (bagi pengguna windows 7). Kemudian, paste sahaja apa-apa fail yang anda ingin letakkan di dalam folder tersebut, fail-fail tadi akan dijalankan oleh Operating System sebaik sahaja komputer anda dihidupkan.
Secara amnya, Windows menggunakan Microsoft  Configure untuk mengubah system start-up. Namun, Microsoft Configure ini cuma akan disable kan start-up anda, tapi bagaimanakah anda ingin nyah-aktif atau buang sesuatu program tersebut daripada start-up tanpa disable kan program tersebut lebih-lebih lagi fail virus di startup?

Dengan menggunakan Anvir Task Manager , anda boleh melumpuhkan virus mahupun membuang virus-virus yang berkemungkinan menggunakan komputer anda. Selain itu juga, anda juga boleh memantau program yang mungkin sedang menggunakan internet anda.

Perisian ini juga membolehkan anda membuang semua fail start-up yang anda rasa akan melambatkan sistem anda dan sekaligus akan mempercepatkan login windows anda. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh layari website ini dan dapatkan Anvir Task Manager.





Leave a Reply.