Picture
Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yangdiambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke U-Tube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAEdan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapasbesar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan suburFaris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.



Orang yang tidak dikenali yang menangkap fenomena yang unik ini kemudiannya menyerahkanperakam video beliau kepada pekerja ladang di kawasan itu dan memintanya untuk terus merakamsemasa dia menuju ke arah awan dan menyentuh awan dengan tangan.

Klip video itu turut dibawa di dalam beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain,menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.

"Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya," kata lelaki itudalam bahasa Arab. "Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah."
Pandangan Gamers Voice:
Buih jenis yang sama terbentuk apabila anda mencuci pinggan atau detergen yang digunakan oleh BOMBA semasa pembersihan (boleh tanya BOMBA bagi yang tak tahu) menghasilkan buih yang banyak yang ringan dan boleh diterbangkan. Buih seperti ini juga boleh terbentuk di laut berikutanribut, dan dalam kolam rawatan pembetungan sebagai hasil bio-aktiviti yang berlaku di. Kelihatanhanya seperti buih kepada saya. Akan tetapi tidak menjadi mustahil bagi ALLAH Azza Wajalla



Leave a Reply.